Berita baik buat para penulis.
Terkini, ada dua jenis dana untuk dimanfaatkan dan dimohon oleh para penulis secara percuma.
Peluang menerbitkan buku secara percuma juga baru dilancarkan oleh pihak Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).
1. Dana Penulis Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
(Dana Pembelian Terus Buku-Buku Karya Penulis Tempatan)
Dana ini disediakan oleh kerajaan bagi membolehkan PNM membeli terus bahan bacaan daripada penulis tempatan.
Cara Memohon:
1. Isi borang permohonan secara talian di sini:
2. Hantar satu naskhah buku contoh secara pos atau serahan tangan ke alamat berikut:
Bahagian Pembinaan Koleksi
Perpustakaan Negara Malaysia
232, Jalan Tun Razak,
50572 Kuala Lumpur.

2. DanaBuku Persatuan Booktube Malaysia (DanaBuku.com)
DanaBuku adalah platform crowdfunding (pendanaan awam) Islamik untuk membantu penulis mengumpul dana secara sistematik, kreatif dan telus bagi menerbitkan karya mereka.
Terkini, 59 kempen DanaBuku sudah dibuka dan menerima sumbangan daripada orang ramai.
DanaBuku menghubungkan para penyumbang yang budiman dan penulis yang berbakat dalam usaha menghargai idea dan memelihara ilmu dalam kalangan masyarakat.
Pendaftaran dan permohonan adalah percuma, dan boleh dibuat di sini.

3. Projek Penerbitan Buku PENA – MALAYSIA MADANI
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) membuka peluang kepada penulis tempatan untuk menerbitkan karya mereka dan menyumbang ke arah memperkaya khazanah sastera bangsa.
Peruntukan sebanyak RM2.5 juta ini disediakan oleh kerajaan.
100 judul buku akan diterbitkan dalam genre sastera (novel, cerpen, puisi), buku umum dan buku bergambar kanak-kanak.
Minimum 10% royalti daripada harga jualan akan diberi secara “up-front” selepas buku diterbitkan.
Setiap judul akan dicetak sebanyak 1000 naskhah.
Tempoh penghantaran manuskrip: 1 Ogos – 15 November 2024
Boleh kirimkan manuskrip ke [email protected] atau WhatsApp ke 019-5196316 (Mazni).

Leave a Reply