Berikut adalah senarai top 5 penjual buku di Malaysia bagi tahun 2022 berdasarkan jumlah pendapatan tahunan.
Untuk kategori penjual buku (bookseller/retailer) ini, syarikat penerbitan buku (publisher) tidak termasuk.
Data diperoleh daripada maklumat syarikat yang boleh diakses dan dibeli daripada laman sesawang rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Data tahunan adalah merujuk kepada tahun kewangan berakhir (Financial Year End).

Top 5 Penjual Buku Di Malaysia 2022
| NO. | SYARIKAT | REVENUE (RM) |
| 1 | POPULAR BOOK CO. (MALAYSIA) SDN. BHD. | 255,528,639 |
| 2 | BIG BAD WOLF BOOKS SDN. BHD. | 63,520,924 |
| 3 | SYARIKAT MUDA OSMAN SDN. BHD. | 58,529,168 |
| 4 | KINOKUNIYA BOOK STORES (MALAYSIA) SDN. BHD. | 51,503,667 |
| 5 | MPH BOOKSTORES SDN. BHD. | 43,052,201 |
1. POPULAR Bookstores mempunyai 78 cawangan di seluruh Malaysia.
2. Big Bad Wolf banyak menganjurkan pesta buku peringkat negeri dan daerah.
3. SMO Bookstores mempunyai 32 cawangan, bertumpu di kawasan pantai timur semenanjung Malaysia.
4. Kinokuniya mempunyai satu cawangan sahaja di pusat membeli-belah terkemuka KLCC.
5. MPH Bookstores mempunyai 10 cawangan dan merupakan syarikat buku tertua di Malaysia dengan sejarah penubuhan lebih 110 tahun.
Leave a Reply