CARTA PENERBIT & PENJUAL BUKU DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2023

Data diperoleh daripada maklumat syarikat yang boleh diakses dan dibeli daripada laman sesawang rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

  • Kemas kini pada 9 April 2025.

Berikut adalah senarai top 10 penerbit buku di Malaysia bagi tahun 2023 berdasarkan jumlah pendapatan tahunan dalam Ringgit Malaysia (RM).

Top 10 Penerbit Buku Di Malaysia 2023

Selain carta 10 teratas, dilampirkan juga carta top 30 penerbit buku di Malaysia bagi tahun 2023 berdasarkan jumlah pendapatan tahunan dalam Ringgit Malaysia (RM).

Top 30 Penerbit Buku Di Malaysia 2023

1. Sasbadi kini adalah adalah satu-satunya syarikat penerbitan buku yang didagangkan di Bursa Malaysia. Laporan tahunan, audit dan prospektus boleh diakses di laman sesawang rasmi Sasbadi.

2. Pelangi, syarikat yang kini berusia 46 tahun. Majoriti rakyat Malaysia membesar dengan buku-buku latihan terbitan Pelangi.

3. Karya Bestari merupakan salah satu daripada anak syarikat Kumpulan Media Karangkraf. Ditubuhkan pada 1978, bermula sebagai penerbit buku rujukan kini Karya Bestari menjadi penerbit al-Quran yang terbesar di Malaysia. Rekod terkini, lebih 7 juta naskhah al-Quran dicetak dalam 41 jenis al-Quran dan diedarkan di lebih 30 buah negara di dunia.

4. Majalah Gempak dan Lawak Kampus terbitan Gempak Starz antara yang paling dikenali di Malaysia. Syarikat komik dan kartun yang berpotensi besar menarik minat syarikat Jepun iaitu Kadokawa Corporation untuk memiliki sahamnya sebanyak 80%.

5. Ditubuhkan pada tahun 2004, Rimbunan Ilmu adalah penerbit dan pembekal buku ke sekolah dan agensi kerajaan di seluruh Malaysia.

Seterusnya, berikut adalah senarai top 10 penjual buku di Malaysia bagi tahun 2023 berdasarkan jumlah pendapatan tahunan dalam Ringgit Malaysia (RM).

Top 10 Penjual Buku Di Malaysia 2023

Selain carta 10 teratas, dilampirkan juga carta top 30 penjual buku di Malaysia bagi tahun 2023 berdasarkan jumlah pendapatan tahunan dalam Ringgit Malaysia (RM).

Top 30 Penjual Buku Di Malaysia 2023

1. POPULAR Bookstores & HARRIS mempunyai 82 cawangan di seluruh Malaysia. Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai rangkaian kedai buku terbesar di Malaysia dengan lebih jumlah keluasan 700,000 kaki persegi secara keseluruhan.

2. Kinokuniya Malaysia mempunyai satu cawangan sahaja di pusat membeli-belah terkemuka KLCC, dengan seleksi buku melebihi 300,000 tajuk dalam bahasa Melayu, Inggeris, Jepun dan Cina.

3. Big Bad Wolf dikenali sebagai World’s Biggest Book Sale meliputi 17 negara dan 49 bandar di dunia. Rekod terkini sebanyak 50 juta buah buku sudah terjual.

4. SMO Bookstores mempunyai 32 cawangan, bertumpu di kawasan pantai timur semenanjung Malaysia. Terkini, SMO Bookstore akan membuka bangunan SMO Bookstores terbesar di Pasir Mas, Kelantan.

5. Hasani Books kini mempunyai 14 cawangan di seluruh Malaysia, dengan 10 cawangan di utara dan 4 cawangan di Lembah Klang.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *