Ada beberapa cara urus niaga serta jenis bayaran yang melibatkan penerbit dan penjual buku.
Cara ini berbeza mengikut syarikat, nilai urus niaga dan tahap kepercayaan.
Kadar diskaun juga kadang-kadang berbeza mengikut cara bayaran yang dipersetujui.
1. Tunai
Bayar dulu, baru dapat buku.
2. Kredit
Ambil dulu buku, dan bayar dalam tempoh tertentu.
Contoh: Penjual boleh mengambil stok buku terlebih dahulu tanpa perlu membuat bayaran. Selepas tempoh 30 hari, penjual perlu membuat bayaran penuh.
Tempoh kredit dan jumlah kredit yang dibenarkan adalah mengikut persetujuan yang ditetapkan.
Bayaran secara kredit juga dikenali dengan istilah sales-or-return (SOR). Apabila tempoh kredit sudah tamat, penjual dibenarkan memulangkan buku yang tidak terjual dan perlu bayar buku yang terjual sahaja. Namun, ada juga penerbit yang tidak membenarkan buku dipulangkan.
3. Bill to Bill
Ambil buku dulu dan perlu buat bayaran penuh sebelum dibenarkan mengambil stok seterusnya.
4. Consignment
Ambil buku dahulu dan perlu bayar untuk buku yang terjual sahaja dalam tempoh tertentu.
Contoh: 100 buah buku diambil untuk dijual. Selepas sebulan, 90 buah buku sudah terjual. Jadi, bayaran perlu dibuat untuk 90 buku yang terjual sahaja. Baki 10 buku yang belum terjual, tidak perlu dibayar dan boleh diteruskan jualan.
Praktiks Industri
Amalan biasa yang diamalkan oleh penerbit dan penjual adalah secara kredit dalam tempoh 30 hingga 90 hari.
Namun, penjual yang baru pertama kali berurusan dengan penerbit, biasanya akan dibenarkan membeli secara tunai sahaja. Selepas beberapa transaksi berjaya, baru boleh buka akaun untuk urus niaga secara kredit.
Consignment pula biasanya antara penerbit dan kedai buku rangkaian dan penjual tertentu sahaja. Tidak semua syarikat mempunyai sistem akaun untuk menguruskan urus niaga secara consignment.
Kadar Diskaun
Berapa kadar diskaun yang diberikan oleh penerbit kepada penjual buku?
Kadar diskaun biasa antara 25% hingga 40%.
Ada juga penerbit yang meletakkan syarat diskaun bergantung kepada jumlah pembelian.
Contoh:
Beli 50 buku, diskaun 25%.
Beli 100 buku, diskaun 30%.
Penerbit yang mempunyai margin yang tinggi dan harga buku yang mahal pula mampu memberikan diskaun yang lebih tinggi antara 45% hingga 60%.
Leave a Reply