Penerbit: 173 syarikat berdaftar dengan Malaysian Book Publishers Association (MABOPA)
Penjual/Kedai Buku: 99 syarikat berdaftar dengan Malaysian Booksellers Association (MBA)
Pada masa yang sama, penerbit universiti, institut penyelidikan dan agensi kerajaan bergabung di bawah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) yang kini dianggotai oleh 30 ahli untuk memajukan penerbitan ilmiah di Malaysia.
Bagi penjual buku pula, kebanyakannya mempunyai kedai buku tunggal yang fokus kepada beberapa genre buku sahaja.
Kedai buku rangkaian dan jumah cawangan di Malaysia pula adalah seperti berikut:
Jumlah cawangan kedai buku rangkaian
| NO. | KEDAI BUKU | JUMLAH CAWANGAN |
| 1 | POPULAR Bookstores | 78 |
| 2 | SMO Bookstores | 32 |
| 3 | BookXcess | 19 |
| 4 | Pustaka Rawang | 16 |
| 5 | Kedai Buku Banggol | 16 |
| 6 | Pustaka Rakyat | 10 |
| 7 | MPH Bookstores | 10 |
| 8 | Tsutaya Books | 2 |
Selain kedai buku rangkaian dan kedai buku fizikal, ada juga penjual buku yang hanya beroperasi secara online sahaja. Mereka membuka kedai buku online di TikTok, Shopee, Lazada dan ada juga yang mempunyai website sendiri.
Untuk tahun 2023/2023, jumlah jualan di TikTok adalah sangat memberangsangkan buat para penjual buku.
Rekod jualan kedai buku di TikTok
| NO. | KEDAI BUKU | NASKHAH TERJUAL DI TIKTOK |
| 1 | Hayati Buku Kanak Kanak | 502,000 |
| 2 | Kedai Buku Bookcafe | 495,000 |
| 3 | Unihon Bookstore | 377,000 |
| 4 | Galeri Ilmu | 299,000 |
| 5 | Naseehat | 177,000 |
Leave a Reply